Saturday 8 June 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam kebitaraan.



Kepada semua sukarelawan Kembara IPT Kenyalang (KIK), satu perjumpaan mega akan diadakan seperti makluman berikut:

Tarikh : 8/6/2013 (sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik MPP Lama, tingkat 2, BHEP

*Perjumpaan adalah untuk mengesahkan senarai peserta sebelum gerak kerja akhir jawatankuasa pelaksana.
*Peserta juga akan diagihkan kepada beberapa kumpulan modul yang telah ditetapkan dan setiap ketua unit akan memberikan penerangan ringkas kepada setiap anak buah.

**Diharapkan semua peserta dapat hadirkan diri untuk perjumpaan tersebut.
Sebarang masalah "MESEJ" saya di talian 0111-4068161.

NOTA: Tarikh akhir mencari peserta ialah pada 7 Jun 2013. (Jom ajak kawan-kawan join)

~Pelepasan kuliah akan diberikan kepada yang mengambil antarsesi~

Berminat? sila isi borang kehadiran yang telah disertakan di post terdahulu. (yang dah isi jangan isi dah)

Harap maklum.

Jadual Bas 'Final Exam' Semester 2 Sesi 2012/2013






Monday 13 May 2013

Grooming Samarahan

Adakah ANDA yang kami CARI??
Anda komited? Anda berani? Anda bertanggungjawab?

Mari mendaftar sebagai sukarelawan Grooming Samarahan?
Ups..
Jom baca info ini dahulu...





24 - 30 JUN 2013
(selepas final exam)

1 Bahagian, 4 Daerah (Simunjan, Serian, Asajaya dan Kota Samarahan), 3 IPT (UNIMAS, UITM dan IPG), 30 sekolah di Samarahan dan 30 kampung di Samarahan.

7 Elemen utama sepanjang program:
1) Siswa Intelek
2) Siswa Beriman
3) Siswa Gemilang
4) Siswa Cergas
5) Siswa Kreatif
6) Siswa Prihatin
7) Siswa Profesional

Kemasyarakatan, Kepimpinan, Kemanusiaan...
Mahasiswa IPT Samarahan berbakti terhadap komuniti Samarahan.

Daftar Online
sebelum 17 Mei 2013.

(INGAT TARIKH PENTING INI)

Kepada yang telah mengisi nama, anda dikehendaki hadir perjumpaan pertama mengikut ketetapan berikut:
19 Mei 2013
2.30 petang
Bilik Delima, BHEP

"Ayuh sebarkan semangat kesukarelawan"

Tuesday 7 May 2013

Pencarian Jawatankuasa Pelaksana Pesta Konvo ke-17


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Kebitaraan.





Seperti yang sedia maklum, Majlis Konvokesyen ke-17 UNIMAS 2013 akan diadakan pada 9, 10 & 11 November 2013 bertempat di DeTAR Putra, UNIMAS. Sejurus dengan itu, kini kami dalam pencarian Jawatankuasa Induk Pesta Konvokesyen UNIMAS yg ke-17 ini. Untuk jawatankuasa induk diberi keutamaan kepada mahasiswa/i tahun 2 dan 3 terlebih dahulu. Tarikh tutup mengisi borang ini ialah pada 12 Mei 2013. 

*Temuduga akan diadakan pada 14 Mei 2013 (selasa) jam 8.30pm di Pejabat MPP, Student Pavilion.

~Cara mengisi borang melambangkan keinginan dan komitmen anda dalam JPPK kali ini~
Dapatkan borang permohonan di sini.



Sunday 28 April 2013

Mahasiswa 1Malaysia



    Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara, pemimpin dan rakyatnya haruslah berjiwa patriotik. Jadi, untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai isu- isu patriotisme dalam kalangan warganegara, Program Mahasiswa 1Malaysia telah diadakan pada 24 Mei lepas di Dewan Mutiara, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

     Pembentang pertama dalam perbincangan ini ialah, Lt. Jen (B) Dato’ Seri Panglima Zaini b. Mohd Said. Tajuk yang telah dibentangkan ialah , “Patriotisme (Kesetianegaraan): Cinta dan Dedikasi Kepada Negara”. Lt. Jen (B) Dato’ Seri Panglima Zaini yang bersara pada 15 Ogos 2001 telah banyak menabur bakti kepada negara semenjak penglibatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula pada tahun 1965. Antara sumbangan beliau ialah ketika Kontfrontasi Malaysia- Indonesia, operasi memburu dan mengawal komunis, dan mengetuai  OPS 304 iaitu sebuah operasi untuk menumpaskan kumpulan militan Al- Maunah.

    Dalam pembentangan, beliau telah menceritakan sejarah dan pahit getir yang telah Malaysia lalui sebelum mencapai keamanan dan kebebasan bermula dari era penjajahan sehinggalah ancaman komunis dan Kontfrontasi Malaysia- Indonesia. Menurutnya, semangat patriotisme perlu ada dalam diri setiap warganegara kerana melalui patriotisme, rasa cita dan kesetiaan warganegara akan dapat diperkukuhkan. Erti kata patriotisme disini bukanlah sekadar dengan mengibarkan bendera, namun ia lebih daripada itu, iaitu sejauh manakah sumbangan kita kepada negara dan bagaimana kita menyumbang kepada negara. Beliau turut memetik sebuah kata pujangga iaitu jangan ditanyakan apa sumbangan negara kepada kita, tetapi tanyalah apa sumbangan kita terhadap negara.

    Sesi perkongsian ilmu diteruskan dengan pembentangan oleh Pegawai Khas Datuk Ketua Pengarah iaitu Encik Mohd Faizal bin Hj. Lamat dengan tajuk “Generasi Y- Pewaris Negara” yang membincangkan betapa pentingnya peranan Generasi Y sebagai pengerak dan pewaris negara. Generasi Y merupakan istilah yang merujuk kepada kelompok generasi yang lahir pada penghujung 80-an dan 90-an. Menurutnya, golongan Generasi Y kini merupakan golongan belia yang sudah matang dan mereka inilah yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju negara selepas ini.

    Pelbagai maklumat dan cadangan kepada Generasi Y telah disampaikan melalui perbincangan dan soal jawab bersama mahasiswa/i yang hadir. Afiq (21), memberitahu program sebegini patut dilakukan dengan lebih kerap mahasiswa/i sedar akan tanggungjawab dan kepentingan mereka dalam membangunkan negara. 

Wednesday 24 April 2013

KESUMAS 2013/2014


Mahasiswa yang berkualiti merupakan mahasiswa yang kuat dari segi fizikal dan kecegasan fikiran. Dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai ciri- ciri tersebut, peranan sukan tidak dapat disangkal lagi. Ini kerana melalui penyertaan dalam aktiviti sukan, para mahasiswa/i dapat menyihatkan badan, dan mengurangkan tekanan/ stress yang seterusnya mampu meningkatkan kecergasan mahasiswa/i.

Sehubungan itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil tindakan proaktif untuk menyokong usaha membentuk mahasiswa sihat dan cerdas dengan menganjurkan Kejohanan Sukan UNIMAS (KESUMAS) 2013 iaitu kejohanan sukan diantara fakulti- fakulti di UNIMAS. Kejohanan yang berlangsung selama seminggu ini telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan KESUMAS 2013 di Stadium UNIMAS pada 21 Mei lepas.

Majlis penutupan ini telah menyaksikan Fakulti Kejuruteraan merangkul gelaran johan KESUMAS 2013 dengan kutipan 7 emas, 6 perak, dan 9 gangsa. Tempat kedua pula disandang oleh Fakulti Sains dan Teknologi Sumber dengan merangkul 4 emas, 4 perak, dan 4 gangsa. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan mendapat tempat ketiga dengan 4 emas dan 4 gangsa. Tempat keempat disandang oleh Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dengan 2 emas, 6 perak, dan 3 gangsa. Diikuti oleh Fakulti Sains Sosial dengan kutipan 2 emas, 3 perak, dan 4 gangsa. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendapat 2 emas, I perak, dan 1 gangsa menduduki tempat keenam. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Seni Gunaan Kreatif masing- masing mengutip 1 emas dan 1 Perak menduduki tempat ke tujuh dan ke lapan.