Monday, 25 February 2013

Lawatan daripada delegasi Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Cenderahati daripada YDP UMP kepada YDP UNIMAS

Jumaat, 22 Februari 2013, Ketibaan Delegasi Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh MPP UNIMAS dengan sukacitanya. Tujuan utama kedatangan Delegasi UMP ke Sarawak adalah untuk menjalani Kursus Kepimpinan MPP UMP bagi memantapkan kepimpinan mereka, dalam masa yang sama mereka juga membuat lawatan sebentar ke UNIMAS untuk berjumpa dengan MPP UNIMAS sendiri. Delegasi UMK yang berjumlah 20 orang bersama 3 orang Pegawai Pengiring menemani mereka ke UNIMAS.

Perjumpaan secara tidak formal ini membincangkan pelbagai isu-isu yang hangat di Universiti masing-masing. Pelbagai bentuk soalan yang diajukan dan diantaranya adalah isu keselamatan, pengangkutan, kolej kediaman dan banyak lagi. Walaupun perjumpaan ini hanya sebentar sahaja, semoga ikatan ukhuwah antara UNIMAS dan UMP bekekalan untuk selamanya. InsyaAllah.

Santai makan malam Delegasi UMP

Perbincang secara tidak formal berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, BHEP.
Kenangan bersama MPP UNIMAS dan UMP


Lawatan daripada delegasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

YDP UMK memberi cenderahati kepada YDP UNIMAS sebagai tanda kenang-kenangan.

Khamis, 21 Februari 2013, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima lawatan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) seramai 14 orang MPP UMK selamat tiba di Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk delegasi UMK melihat sendiri keadaan sekeliling kampus UNIMAS, dalam pada itu juga untuk melihat keindahan yang terdapat di Bumi Kenyalang ini. Delegasi UMK ditempatkan di Kolej kediaman Cempaka, adalah bertujuan kolej Cempaka merupakan kolej yang strategik dan lokasi terletak  di tengah-tengah UNIMAS serta pemandangan menghadap ke tasik UNIMAS yang indah.

Perbincangan antara kedua belah pihak berlangsung di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Student Pavilion. Mesyuarat ini membincangkan tentang keadaan isu-isu permasalahan serta cadangan penambahbaikan di universiti masing-masing, antara isu yang dibincangkan adalah permasalahan isu keselamatan, fasiliti, kolej kediaman, informasi dan Wi-Fi. Delegasi UMK juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke pejabat MPP untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat dalam pejabat MPP UNIMAS ini.

Pada pagi Jumaat, 22 Februari 2013, Delegasi UMK dibawa bersiar-siar sekitar bandaraya Kuching untuk melihat sendiri keindahan yang terdapat di Bumi Kenyalang. Buat pertama kalinya Kompleks Islam UNIMAS diguna pakai untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat bersama-sama dengan Delegasi UMK. Di sebelah petang pula, Delegasi UMK dibawa bersiar-siar sekitar kawasan Kampus Barat UNIMAS bersama  dengan JPK Tun Ahmad Zaidi (TAZ).

Lawatan 3 hari Universiti Malaysia Kelantan berakhir pada Sabtu, 23 Februari 2013, mereka bertolak dari UNIMAS ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching pada waktu petang. 


Mesyuarat bersama delegasi UMK.
Mesyuarat bersama delegasi MPP UMK
Lawatan ke Pejabat MPP UNIMAS.

Setiausaha Agong UNIMAS dan UMK


Wednesday, 20 February 2013

Mesyuarat Santai Bersama Presiden JPK

Assalamualaikum w.b.t dan salam kebitaraan

Meeting santai bersama Presiden dan wakil JPK untuk setiap Kolej Kediaman.
NYDP mengemukakan pertanyaan kepada setiap yang hadir.
Cadangan dan penambahbaikan daripada Presiden Kolej Alamanda.

 

Alhamdulillah.
Baru sahaja sebentar tadi selesai sesi perbincangan antara Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak bersama Presiden Kolej Kediaman UNIMAS. Antara topik perbincangan adalah mengenai isu Wi-Fi, kafe, keselamatan dan pengurusan program di kolej. Kesinambungan perbincangan ini akan dimajukan kepada pihak atasan dan pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan warga kampus diperjuangkan.

Terima kasih Presiden Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka, Kolej Kenanga, Kolej Sakura, Kolej Tun Ahmad Zaidi dan Kolej Allamanda atas kerjasama daripada pihak anda. Semoga usaha ini membuahkan hasil serta mendapat sokongan yang padu dan jitu daripada seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

~KAMI PRIHATIN~
'Together We Care'

"Kepimpinan Bitara Pencetus Generasi Mahasiswa Profesional"

Tulus Ikhlas daripada:
Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab
YDP MPP UNIMAS 2012/2013

Monday, 18 February 2013

Pengagihan Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M) UNIMAS

Assalamualaikum w.b.t dan salam kebitaraan



Makluman mengenai Pengagihan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) UNIMAS.

Adalah dimaklumkan bahawa pada 21/2/2013 (Khamis) akan diadakan Simbolik Penyerahan BB1M di UNIMAS pada jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna, Student Pavilion, UNIMAS.
(Semua pelajar ambilan Februari 2013 diwajibkan turut serta dalam simbolik tersebut)
*surat pelepasan kuliah dan minum petang akan disediakan.

Pengagihan secara besar-besaran dianggarkan pada 22/2/2013 (jumaat) oleh fakulti masing-masing. (bergantung kepada fakulti)

Semua pelajar UNIMAS yang berstatus AKTIF pada 1 Januari 2013- 31 Mac 2013 layak membuat tuntutan melalui fakulti masing-masing sehingga 1 tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Pihak fakulti akan mengeluarkan hebahan berhubung tarikh, tempat dan masa agihan baucer dibuat.
(pelajar ambilan februari 2013 dan Latihan industri juga layak membuat tuntutan melalui fakulti masing-masing)

Sila ambil perhatian perkara seperti berikut;
*Sah laku baucer ini adalah sehingga 31/5/2013
*Baucer ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai
*Baucer buku ini tidak boleh ditukar milik/dijual
*Baucer ini tidak sah jika tidak ada cop rasmi Universiti
*Baucer ini adalah hak milik kerajaan Malaysia
Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati pelajar UNIMAS yang tidak mematuhi syarat pemberian baucer ini.

**Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak juga akan mengadakan Karnival Buku dan Elektronik pada 23-27 Feb 2013 di Bilik Delima, BHEP.

'Together We Care'
"Kepimpinan Bitara Pencetus Generasi Mahasiswa Profesional

Ikhlas
~YDP MPP UNIMAS 12/13~

Majlis Aluan Pelajar Ambilan Februari Sesi 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam kebitaraan

Barisan pelajar-pelajar ambilan februari menunjukkan Kertas Ikrar Pelajar.
Alhamdulillah...
Selesai sudah Minggu Induksi dan juga Minggu Aluan Pelajar Ambilan Februari sesi 2012/2013 dengan jayanya.

Saya mewakili barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua Liaison Officer yang menjayakan MAP kali ini.

Tahniah juga diucapkan kepada hampir 150 orang pelajar baru Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang baru sahaja melafazkan ikrar dalam Majlis Ikrar Pelajar pada pagi tadi. Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar UNIMAS.

Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu atau kumpulan-kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sepanjang Minggu Induksi dan Minggu Aluan Pelajar Ambilan Februari 2012/2013 kali ini.

Jangan malu dan jangan segan untuk berjumpa atau berhubung dengan mana-mana barisan MPP jika terdapat sebarang kemusykilan atau permasalahan yang dapat kami bantu.

 


"Kepimpinan Bitara Pencetus Generasi Mahasiswa Profesional"

 

Ikhlas daripada:

Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab
YDP MPP UNIMAS 2012

Jadual Bas Semester 2 Sesi 2012/2013







Wednesday, 13 February 2013

Selamat Datang Pelajar Baru Ambilan Februari 2013



"Selamat Datang Pelajar Baru Ambilan Februari 2013"


Kami daripada barisan 13 orang Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak 2012/13 menyambut kedatangan pelajar baru dengan penuh rasa berbesar hati kerana telah memilih Universiti Malaysia Sarawak sebagai tempat untuk menuntut ilmu anda. Seandainya mempunyai permasalahan mengenai Universiti Malaysia Sarawak sila jangan segan silu untuk pertanyakan soalan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda semua.


Daripada MPP UNIMAS 2012/13