Isu Semasa

Kembara IPT Kenyalang (KIK)
8 Jun 2013

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kebitaraan.

Perhatian kepada mahasiswa/i UNIMAS.



Program kesukarelawan bersiri yang terdiri daripada mahasiswa/i bumi kenyalang yang akan menabur bakti kepada komuniti. Terdapat 5 siri sepanjang program ini dalam jangka masa yang panjang.

Untuk siri yang pertama, peserta akan menjelajah ke Bahagian Samarahan (Simunjan, Serian, Asajaya dan Kota Samarahan) yang dijadualkan bermula pada 24 - 30 Jun 2013.

Peserta akan didedahkan dengan aspek-aspek seperti Akademik, Kemahiran Insaniah, Sahsiah, Kesukanan, dan Kebudayaan sepanjang program berlangsung. Peserta juga akan didedahkan dengan modul-modul di sekolah dan juga aktiviti bersama masyarakat.

Elemen yang dititik beratkan seperti:
Siswa Intelek
Siswa Gemilang
Siswa Beriman
Siswa Cergas
Siswa Kreatif
Siswa Prihatin
Siswa Profesional

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai program kesukarelawan bersiri ini. Inginkan informasi selanjutnya, ayuh sertai kami sebagai sukarelawan KIK siri 1.






1 comment:

  1. i cant download the form, when i press inside, it shows a broken link.

    ReplyDelete