Tuesday 18 December 2012

Majlis Simbolik Penyerahan Kad SISWA


UNIMAS, 10 November 2012: Majlis Simbolik Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Bantuan Penyelidikan Program Mentor: 1 IPTA 1 Menteri telah diadakan di Student Pavillion, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis ini tekah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Menteri Mentor Universiti Malaysia Sarawak. Turut hadir pada majlis itu adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak iaitu Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia adalah bantuan dan insentif kerajaan yang diberikan untuk meringankan beban pelajar. Majlis penyerahan kad diskaun siswa pada kali ini adalah yang kali kedua selepas penyerahan pada tahun 2011.

Dalam ucapan Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, beliau mengharapkan pelajar dapat memanfaatkan kad diskaun tersebut dengan baik kerana ianya mempunyai banyak kepentingan bukan sahaja dalam pembelajaran malahan dalam hal lain-lain juga. Beliau menyatakan sebanyak 4,000 kad diskaun siswa yang dikeluarkan untuk pelajar tahun satu pada kali ini.

YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui selaku Menteri Mentor universiti ini menyatakan beliau berasa gembira dapat melawat Universiti Malaysia Sarawak dan melihat perkembangannya yang begitu pesat dari semasa ke semasa. Ini kerana, jumlah pelajar UNIMAS telah mencecah sebanyak 14,000 orang pelajar dan merupakan suatu jumlah yang begitu banyak. Dalam ucapan beliau juga, beliau menyatakan kepentingan dan kegunaan kad diskaun siswa itu serta cabaran dan peranan siswa dalam menjalani kehidupan seharian.

Malahan, beliau turut bercakap mengenai Kempen Kesedaran Hijau yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar di universiti. Kempen ini diharap dapat penglibatan daripada semua pelajar dan pihak universiti dapat melaksanakannya dengan jayanya. “Pada tahun 2011, sejumlah RM130,000 diberikan khas untuk membuat kajian berkaitan dengan tenaga, teknologi hijau dan air. Ini merupakan satu inisiatif untuk membantu pelajar membuat penyelidikan dan penemuan baru seiring dengan perkembangan inovasi dan idea baru hasil daripada para pelajar” kata ucapan daripada YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui pada majlis itu. Pada majlis kali ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Menteri Mentor Universiti Malaysia Sarawak telah menyerahkan Bantuan Penyelidikan Program Mentor sebanyak RM70,000 sebagai bantuan penyelidikan berterusan kepada para pelajar. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberikan hasil yang terbaik selaras dengan usaha gagasan kerajaan 1 Malaysia.

Perjumpaan Bersama Penetap Luar UNIMAS


13 Disember 2012: Isu bas makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutamanya dalam kalangan pelajar yang menetap luar daripada kolej. Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang menetap luar kebanyakannya menetap di bahagian-bahagian berdekatan Desa Ilmu, Kota Samarahan seperti Flat Everise, Vista Ilmu, Apple Cross dan UniGarden. Ini adalah kerana jumlah pelajar yang ada pada masa kini tidak dapat ditampung sepenuhnya untuk menetap dalam kolej kediaman UNIMAS. Bagi memudahkan perjalanan pelajar daripada UNIMAS ke luar UNIMAS dan sebaliknya, pihak universiti telah menyediakan beberapa buah bas sebagai kemudahan mereka. Bas yang disediakan adalah sebanyak satu atau dua buas bas pada setiap waktu yang ditetapkan. Perjalanan bas untuk penetap luar UNIMAS adalah bermula daripada awal pagi iaitu setiap setengah jam selepas itu. Pada waktu malam, bas juga turut disediakan bagi pelajar yang mempunyai kelas pada waktu malam di mana bas terakhir adalah pada jam 11.00 malam. Namun begitu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa mendapat aduan bahawa bas yang disediakan sentiasa tidak mencukupi memandangkan jumlah pelajar universiti semakin bertambah dari tahun ke tahun. Mengikut tinjauan, hampir separuh daripada pelajar UNIMAS menetap di luar disebabkan tempat yang tidak mencukupi di kolej-kolej kediaman, UNIMAS. Disebabkan itu, bas yang berulang alik daripada UNIMAS ke luar UNIMAS sentiasa penuh pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh pihak UNIMAS.

Hasil daripada tinjauan yang dijalankan, didapati jumlah bas yang bertugas untuk mengambil penetap luar adalah tidak konsisten mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan. Terdapat waktu-waktu kemuncak seperti waktu awal pagi di mana waktu itu kebanyakan pelajar mempunyai kelas pagi dan bas yang ada pada waktu itu langsung tidak dapat memuatkan jumlah pelajar tersebut. Namun begitu, dapat dikatakan hampir setiap waktu adalah waktu kemuncak dan bas yang ada sentiasa pehuh dan tidak mencukupi. Ini kerana adakalanya hanya terdapat satu bas pada satu waktu dan adakalanya dua bas pada satu waktu. Ini menyukarkan pelajar sehinggakan terdapat pelajar yang cedera akibat terlalu berebut untuk menaiki bas. Antara tempat tumpuan dan perhentian bas bagi pelajar penetap luar adalah bahagian depan Flat Everise dan Apple Cross. Selain itu, bas UNIMAS juga akan mengambil pelajar yang tinggal berdekatan dengan UniGarden yang terletak berhadapan dengan pintu depan UNIMAS. Tetapi, jumlah pelajar yang tinggal di bahagian UniGarden tidak sebanyak jumlah pelajar yang menetap di bahagian Desa Ilmu.

Menurut salah seorang pelajar UNIMAS iaitu Aisyah yang kini berada di tahun 3, dia menyatakan bahawa jumlah bas yang disediakan tidak mencukupi seiring dengan pertambahan pelajar yang semakin bertambah pada waktu kini. Setiap kali hendak ke kelas, mereka akan meghadapi masalah yang sama iaitu berebut-rebut untuk menaiki bas sehinggakan terdapat pelajar yang jatuh. Menurutnya lagi, apabila bas di hadapan Flat Everise telah penuh, pelajar yang tinggal di bahagian Apple Cross tidak akan dapat menaiki bas dan terpaksa berjalan kaki ke Depo Bas, UNIMAS. Bas juga tidak konsisten dengan waktu katanya lagi kerana hanya satu ataupun dua buah bas pada satu waktu sedangkan ketika itu ramai pelajar yang menunggu bas untuk ke kuliah. Begitu juga pada waktu malam di mana bas yang bergerak ke luar UNIMAS ada ketikanya terlalu lambat sehinggakan pelajar terpaksa menaiki bas dan turun di depo bas kemudian berjalan kaki ke Desa Ilmu. Ini amat membahayakan terutamanya kepada pelajar perempuan kerana semakin banyak kes yang tidak dijangkakan berlaku.

Katanya lagi “Saya dan penetap luar yang lain berharap agar pihak UNIMAS dapat menambahkan bilangan bas lagi supaya dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Begitu juga dengan jumlah bas yang perlu konsisten dalam satu waktu kerana satu bas yang datang tidak mencukupi untuk mengambil pelajar yang ramai menetap luar. Sekurangnya, perlu ada bas lebih kurang dua buah pada setiap satu waktu perjalanan. Ini akan memudahkan dan menjamin keselamatan pelajar agar tidak perlu berebut-berebut menaiki bas. Kami akan menghargai segala apa yang UNIMAS telah lakukan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan penetap luar seperti kami”.


Bicara Siswa

Mahasiswa merupakan aset jangka masa panjang negara kerana golongan yang berpendidikan inilah yang bakal memimpin negara kelak. Umum mengetahui, mahasiswa dan politik merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Dengan pendedahan kepada dunia politiklah pemikiran matang mahasiswa akan dapat dipupuk. Namun, kegiatan politik dikalangan mahasiswa sering dikaitkan dengan dua lagi perkataan, sama ada patriotik atau fanatik. 
Bicara Kampus, sebuah rancangan bual bicara ilmiah terbitan RTM TV1 telah dirakamkan di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak pada pada 16 November 2012 . Rancangan yang bakal ke udara selama satu jam ini dihoskan oleh Zulkifli Bujang dengan panel- panel jemputan yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertahan Kestabilan Sarawak, Hj. Wan Hamzah Wan Paie, Wakil MPP University of Technology Swinburne, iaitu Nurajwani Senian dan YDP MPP Universiti Malaysia Sarawak, Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab. 
Untuk episod ini, tajuk yang telah dibincangkan ialah “Mahasiswa Masa Kini: Patriotik atau Fanatik”. Dalam perbincangan, Hj. Wan Hamzah Paie berpendapat bahawa tidak salah sekiranya seseorang mahasiswa itu mahu berpolitik, namun biarlah kena pada tempat dan ketikanya. Mengambil contoh peperangan di Palestin, beliau memberikan persoalan kepada penonton sama ada tindakan Israel membunuh rakyat Palestin adalah tindakan yang patriotik dan adakah tindakan rakyat Palestin yang berjuang habis- habisan dikatakan fanatik? Beliau turut membandingkan perjuangan mahasiswa masa kini dengan mahasiswa universiti pada tahun 70- an dimana secara rasionalnya mahasiswa ketika itu lantang dalam menyuarakan kemahuan mereka kerana pada ketika itu banyak kekangan yang boleh disuarakan kepada peringkat tertinggi. 
Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab,YDP MPP Universiti Malaysia Sarawak turut bersetuju dengan pendapat Hj. Wan Hamzah dimana Muhammad Zul Syafiq berkata perjuangan bagi seseorang mahasiswa biarlah didahulukan dengan hal akademik terlebih dahulu agar mereka dapat menyediakan diri untuk masa depan. Wakil MPP University of Technology Swinburne, Nurajwani Senian memberitahu bahawa perbezaan perjuangan politik pelajar universiti swasta adalah dimana sebagai mahasiswa universiti swasta terdapat kekangan polisi yang perlu mereka patuhi. Tambahnya lagi pelajar di universiti swasta masih boleh menegakkan isu luar selain hal akedemik, namun ia juga bergantung kepada keberanian pelajar itu sendiri untuk bersuara mengenai perjuangannya.
Di akhir perbincangan, panel- panel jemputan bersepakat bahawa seseorang mahasiswa harus menentukan perjuangan mereka di landasan yang betul kerana perjuangan seseorang mahasiswa dalam menuntut ilmu dan kesarjanaan itulah yang paling utama.








Wednesday 12 December 2012

Majlis Penutupan Karnival K4U dan Festival Kesenian Inter-Kolej


Ucapan daripada Naib Canselor UNIMAS Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid 

Pada 2 DISEMBER 2012, Majlis Penutupan Karnival K4U dan Festival Kesenian Inter- Kolej telah berlangsung dengan gilang gemilangnya di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis ini diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UNIMAS, Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid dan isteri. Dalam ucapan Datuk Dr. Khairuddin, beliau merakamkan rasa bangganya diatas kejayaan UNIMAS khususnya kepada para pelajar yang telah bertungkus- lumus dalam memastikan karnival K4U berjaya.

Dalam majlis ini, hadirin dipersembahkan dengan pelbagai persembahan menarik oleh kolej- kolej yang telah bertanding dalam Festival Kesenian Inter- Kolej. Antaranya ialah persembahan band akustik, dikir barat, nasyid, tarian india, tarian cina, tarian rampaian melayu, nyanyian, dan boria. Manakala, untuk cabutan bertuah pula yang menjanjikan hadiah sebuah hamper, hadirin telah dikejutkan dengan pengumuman pengacara majlis supaya melihat dibawah tempat duduk mereka jika terdapat pelekat yang tertera angka ‘123’. 3 orang penonton berjaya memenangi hamper tersebut.

Seterusnya, kemunculan artis undangan, Dato’ M. Nasir menerima tepukan hebat dari para hadirin yang menantikan persembahannya. Antara lagu yang disampaikan olehnya ialah, Suatu Masa, Tanya Sama Itu Hud Hud, Hati Emas, Raikan Cinta, dan Mantera Semerah Padi. 

Pada saat-saat akhir majlis penutupan K4U, pemenang- pemenang untuk Malam Penghayatan Ko- Kurikulum dan Festival Kesenian Inter- Kolej telah diumumkan. Juara bagi Malam Penghayatan Ko- Kurikulum ialah Sub Teras Silat Tari, tempat kedua jatuh kepada Sub Teras Silat Cekak Hanafi, tempat ketiga dimenangi oleh Sub Teras Asas Kewartawanan, tempat keempat dimenangi oleh Sub Teras Fasilitator dan tempat kelima, Sub Teras Muzik Tradisional. Bagi Festival Kesenian Inter- Kolej pula, gelaran johan disandang oleh Kolej Bunga Raya, tempat kedua dimenangi oleh Kolej Cempaka, dan tempat ketiga dipegang oleh Kolej Alamanda.

Ucapan Penghargaan daripada Dekan Pemajuan Pelajar UNIMAS Prof. Dr Rusli Ahmad

Persembahan Dikir Barat dari Kolej Bunga Raya

Persembahan Tarian Tradisional dari Kolej Bunga Raya

      Persembahan Nasyid dari Kolej Cempaka 

Persembahan Boria dari Kolej Sakura

Persembahan Tarian Cina dari Kolej Cempaka









Majlis Perasmian Karnival K4U UNIMAS 2012




Pada 28 November 2012, satu Majlis Perasmian K4U telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), Universiti Malaysia Sarawak bersempena dengan pelancaran bermulanya minggu Karnival K4U 2012 UNIMAS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak dan turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak iaitu Dr Rusli serta Pegawai-pegawai Universiti Malaysia Sarawak.

K4U adalah singkatan nama daripada 4k iaitu Kokurikulum, Kerohanian, Kerjaya dan Keusahawanan di mana ianya adalah program julung kali diadakan di UNIMAS. Karnival K4U ini adalah cetusan idea daripada Prof Mohd Fadzil sendiri dan berada di anjurkan oleh Pusat Pemajuan Pelajar. Tujuan program K4U diadakan adalah untuk mendekatkan dan merapatkan hubungan antara Universiti dengan komuniti luar dengan mengadakan pelbagai pameran, peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. 

Dalam ucapan Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, beliau berkata bahawa K4U ini adalah betujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh universiti selain daripada Softskill. Ini kerana, softskill yang dijalankan di universiti menjadi isu utama selama 10 tahun di mana kebanyakan pelajar gagal untuk mendapatkan peluang pekerjaan disebabkan kurangnya pendedahan dan komunikasi yamg berkesan. Dengan itu, K4U diadakan bagi memberi pendedahan lebih kepada pelajar dalam memperbaiki diri bagi menempuh alam pekerjaan nanti.

Dalam program ini, banyak aktiviti-aktiviti yang telah diadakan bagi menarik minat pelajar malahan penduduk luar Kuching untuk turut serta menjayakan program ini. Terdapat pameran booth daripada subteras kokurikulum, agensi-agensi awam dan swasta serta penjualan barang pakaian dan aksesori. Selain itu, terdapat pelbagai persembahan daripada unit-unit beruniform serta pertandingan antara kolej-kolej. Program K4U ini diharapkan berjalan lancar dan menjadi branding bagi UNIMAS. Dengan itu, program ini akan menjadi program tetap UNIMAS bagi diadakan setiap tahun sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai inti pati kokurikulum, kerjaya, kerohanian dan keusahawanan itu sendiri.







                                         Pameran dan Demostrasi dari Polis Di Raja Malaysia PDRM

                                                                     Seminar Keusahawanan






Saturday 1 December 2012

Majlis Makan Malam Jejak Siswa 1 Malaysia

Cenderahati daripada Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang
Kuching, Sarawak, 21 November 2012 : Majlis Makan malam Jejak Siswa 1 Malaysia ke Parlimen Malaysia telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching pada malam itu. Antara tetamu yang hadir adalah Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Tuan Haji Habib Zam Zam Ab. Latif, Pengarah Biro Tatanegara Sarawak, Encik Roslan bin Baharuddin, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak serta Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak. Majlis makan malam ini adalah sebagai penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar serta peserta program Jejak Siswa 1 Malaysia. Dalam ucapan Pengarah KPT, beliau berkata bahawa Jejak Siswa Parlimen ini adalah cetusan idea daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang itu sendiri yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan serta memperkenalkan Dewan Negara kepada mahasiswa universiti. Dengan program ini, maka mahasiswa dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang Dewan Negara yang berfungsi penting kepada Kerajaan Malaysia. 

Ucapan daripada Yang Dipertua MPP UNIMAS.
Sesi bergambar dengan Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia.
Semeja bersama MPP dan Sekretariat.

Program Jejak Siswa 1 Malaysia

Ucapan daripada Naib Canselor UNIMAS, YBhg Professor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.



Student Pavillion, 21 November 2012: Satu program Jejak Siswa 1 Malaysia ke Parlimen Malaysia bersama Y.B Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang dipertua Dewan Negara telah diadakan di Student Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Habib Zam Zam Ab. Latif iaitu Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, YBhg Professor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang apa itu Dewan Negara, prosedur serta fungsinya kepada mahasiswa itu sendiri. Yang Di-Pertua Dewan Negara ingin membawa mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak untuk melawat ke Dewan Negara. Tetapi disebabkan kos yang tinggi, maka Yang Di-Pertua Dewan Negara turun padang ke Universiti Malaysia Sarawak sendiri untuk memperkenalkan apa itu Dewan Negara, prosedur serta fungsi-fungsinya. Dalam perjumpaan ini, Yang Di-Pertua turut membincangkan perbezaan antara Dewan negara dan juga Dewan negeri. Dengan ini, mahasiswa dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai Dewan Negara kerana selama ini mereka hanya mengetahui fungsinya tetapi secara umum sahaja. 




Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)




20 November 2012: Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Agensi berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) Universiti Malaysia Sarawak dan dihadiri kira- kira 800 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS di negeri Sarawak seperti UNITAR, Universiti Swinburne, PTPL, UiTM dan UNIMAS. Hari MITI dan Agensi ini merupakan program capaian kementerian yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan mahasiswa IPTA/IPTS berkaitan dengan peranan dan fungsi MITI serta agensi-agensi yang bernaung di bawahnya. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosi dan menyediakan nasihat kerjaya dan peluang-peluang perniagaan yang sedia ada dan menggalakkan pembangunan kerjaya dengan penekanan dalam persaingan global. Pembentang pertama, Y.B. Dato’ Jacob Dungau Sugan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerangkan dengan terperinci mengenai hala tuju, objektif, pencapaian dan pelbagai maklumat berguna MITI kepada hadirin. Seterusnya, Puan Sabariah, Pengarah MITI Sarawak, menyampaikan pembentangan mengenai MITI Sarawak dan peluang kerjaya di sektor awam, diikuti dengan pembentangan oleh wakil dari Unit Perancangan Negeri Sarawak. Peserta- peserta yang terlibat berpeluang untuk memenangi hadiah- hadiah lumayan yang ditawarkan dengan menjawab soalan yang diajukan berupa sebuah Notebook dan iPad. Kedua- dua hadiah utama tersebut dimenangi oleh pelajar UNIMAS.

Konsert Change Of Soul




14 November 2012: Konsert Change of Soul bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat UNIMAS, berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah CTF 1. Bertemakan “Ya Allah, Terimalah Hijrahku”, konsert anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS dengan kerjasama Dewan Amal Islami (DAMAI) UNIMAS ini diserikan dengan kehadiran tetamu VIP, iaitu   Prof. Mohd Fadzil Abdul Rahman. Konsert ini menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid UNIMAS seperti In Track, Da'my, Az-Zakirin, ByHeart, Fastabiqul Khairat, Muslim Seroja dan jemputan daripada qasidah Madrasah Al-Khairat. Di permulaan konsert, pengacara iaitu mantan YDP UNIMAS sesi 2010/2012, Muhammad Mus’ab dan rakan pengacaranya, Ahmad Safwan membawa hadirin menghayati erti maal hijrah dengan tayangan montaj, tazkirah dan refleksi diri. Konsert diteruskan dengan alunan qasidah oleh Madrasah Al- Khairat dan kemudiannya diikuti oleh persembahan artis- artis nasyid undangan. Penonton, Menurut Zayanah Fadillah (20 tahun) ketika ditemuramah menyatakan bahawa konsert ini sedikit sebanyak membantunya dalam menghargai kesan penghijrahan Nabi Muhammad dan pengikut baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah. “Saya sangat berharap agar konsert sebegini akan dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan,” tambahnya lagi. 

Hari MITI dan Agensi-Agensi Bersama Pelajar IPTA/IPTS


Assalamualaikum w.b.t dan salam kebitaraan





Hari MITI & Agensi Bersama Pelajar IPT: 
Program ini merupakan salah satu kaedah untuk mahasiswa/i mengetahui hala tuju setelah bergraduat nanti, di samping boleh mendapatkan informasi mengenai pe
nempatan industri misalnya, selain peluang memenangi hadiah spt iPad. Malah beberapa ruangan pameran juga dibuka oleh agensi-agensi berkaitan.

Rebutlah peluang ini supaya nanti anda sebagai pelajar lebih berinformasi & boleh melakar pelan kerjaya.
DAFTAR SEKARANG di pejabat am kolej kediaman atau Pusat Khidmat Pelajar (PKP).

Hurry seats still available for Hari MITI & Agensi bersama pelajar IPT (Ministry of International Trade & Industry open day) on 20th Nov 2012 @ DeTAR Putra -8.00 am till 12.00pm. You can register at Pejabat Am Kolej Kediaman or Pejabat Am Pusat Khidmat Pelajar BHEPA Level 1. Do It NOW!! for a chance to win few iPads & many other prizes & stand a chance to be enrolled as intern at MITI offices in ASEAN Countries. Now Now Now!!! Do it now & u may fly away to Singapore/Manila/Bangkok/Ho Chi Minh/Yangoon/Jakarta/Brunei/Laos/ in a plane while playing games on your New iPad. What a marvelous opportunity!!! & they are all free!!!

"Kepimpinan Bitara Pencetus Generasi Profesional"