Tuesday 26 March 2013

FESTIVAL NASYID PIALA TNC HEPA UNIMAS


Bersempena dengan Minggu Penghayatan Islam(MPI) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Festival Nasyid Piala Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UNIMAS yang bertemakan ‘Salam Ukhwah Teras Kegemilangan’, telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mac lepas.

Festival nasyid ini menyaksikan 13 kumpulan nasyid yang bertanding,iaitu sebanyak 9 kumpulan bagi kategori muslimat dan 4 kumpulan bagi kategori muslimin. Kumpulan- kumpulan yang bertanding ini mewakili kolej masing- masing berentap untuk merebut gelaran juara Festival Nasyid Piala TNC HEPA.

Pusingan akhir Festival Nasyid Piala TNC kategori muslimat diadakan di Dewan Kuliah, CTF 1 (8 pagi- 12 tengahari) manakala untuk kategori muslimin pula diadakan pada sebelah malam iaitu dari jam 8 malam hingga 11 malam di DeTAR.

Keputusan akan diumumukan pada malam penutupan Minggu Penghayatan Islam yang bakal diadakan pada30 Mac ini.

UNIMAS Earth Hour “To Challenge The Will”

Earth Hour adalah satu program yang diadakan pada setiap bulan Mac di mana ianya adalah bertujuan untuk mengurangkan pemanasan global dunia kita. Ianya dilakukan selama 1 jam di 153 buah negara dan menjadi kempen tetap bagi membantu mengurangkan pemanasan global. Kempen ini dimulakan oleh masyarakat Australia bermula pada tahun 2005. Pada mulannya, kempen ini dinamakan “The Big Flick” dan ditukar kepada nama Earth Hour pada tahun 2007.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut tidak ketinggalan mengadakan kempen Earth Hour betujuan mengurangkan pemanasan global dunia. Satu program “UNIMAS Earth Hour” telah diadakan di Dataran Canselori, UNIMAS dan telah dirasmikan oleh Drs Muhamad Sophian Nazaruddin Sutan Saidi iaitu wakil daripada Timbalan Naib Canselor, UNIMAS merangkap Pengetua Kolej Allamanda. Turut hadir pada program ini adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS iaitu Mohd Zul Syafiq Abdul Wahab serta para pelajar UNIMAS.

Dalam Ucapan Drs Muhamad Sophian, beliau berkata ini adalah satu program yang sangat baik di mana bukan sahaja memadamkan lampu selama 1 jam tetapi ia adalah untuk menyedarkan kita betapa pentingnya amalan jimatkan elektrik. Ini kerana, ia bukan sahaja bertujuan mengurangkan pemanasan global malahan menjimatkan kos tanggungan pihak universiti daripada membayar bil elektrik yang banyak pada setiap tahun. Beliau mengharapkan kempen ini dapat dimulakan bermula daripada diri sendiri dan mempraktikkkannya di mana-mana saja kita berada agar menjadi ornag yang sentiasa bersederhana serta memahami kesusahan orang lain yang tidak mempunyai bekalan elektrik. 

Tuesday 19 March 2013

Forum "Shared Values Define Malaysian Culture"


        Perpaduan merupakan tunjang utama sesebuah negara. Apatah lagi kepada negara yang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti Malaysia. Dalam mengupas dan membincangkan isu- isu perpaduan rakyat Malaysia, forum "Shared Values Define Malaysian Culture" telah diadakan pada 16 Mac 2013, bertempat di Dewan Serbaguna Student Pavilion.

       Forum yang dianjurkan oleh Yayasan 1Malaysia dengan kerjasama program Kajian Politik dan Pemerintahan ini telah menampilkan ahli panel yang berpengalaman iaitu, Dr. Chandra Muzzafar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Datuk Amar Leonard Jugah,  dan Datuk Dr Ismail Ibrahim, mantan Pengerusi Majlis Fatwa Malaysia.

       Antara objektif penganjuran forum ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui komitmen yang sama kepada nilai yang dikongsi disokong oleh komuniti yang berbeza di Malaysia disamping membangunkan pemahaman yang lebih baik dalam penghayatan agama dan budaya yang pelbagai di Malaysia.

     Melalui forum ini, para mahasiswa/i yang hadir dapat bertukar- tukar pendapat dan idea dengan ahli- ahli panel mengenai isu- isu perpaduan di Malaysia. Menurut seorang peserta forum yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad, menyatakan bahawa penganjuran forum seperti ini amat penting untuk menyedarkan mahasiswa/i universiti agar lebih peka dalam isu- isu perpaduan agar kesejahteraan Malaysia terus terpelihara.

Sunday 17 March 2013

UNIMAS CNY CARNIVAL “Cultural Performance Night”

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan tradisi Tiong Hua (Cina) yang diwarisi secara turun temurun. Oleh itu, masyarakat Cina Malaysia turut tidak ketinggalan dalam meraikannya dan pada masa kini, perayaan ini turut sama diraikan semua rakyat Malaysia.

Namun begitu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak ketinggalan untuk meraikan Perayaan Tahun Baru Cina pada setiap tahun dan kali ini adalah program kali ketiga yang diadakan pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk semua mengenali kebudayaan cina tanpa halangan disamping dapat memeriahkan lagi suasana kampus. Paling penting, program ini dapat mengeratkan hubungan antara semua bangsa dalam kalangan warga UNIMAS.

Antara jemputan yang hadir pada “Cultural Performance Night” adalah Timbalan Naib Canselor UNIMAS iaitu Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, wakil Yang Berhormat Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Dr Philip Nuli Anding selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Lim Thien Ping. Pada malam itu, ketibaan disambut dan dimulai dengan tarian singa yang mana ianya adalah persembahan wajib pada setiap perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam ucapan Naib Canselor UNIMAS iaitu Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman pada malam itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar cina yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Beliau mengharapkan program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana program seperti ini mewujudkan semangat toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar UNIMAS itu sendiri. Semua pelajar juga diharapkan dapat menyokong untuk meneruskan program seperti ini pada tahun akan datang dan diadakan dengan lebih meriah.

Pada malam itu, wakil daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui mengatakan sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui diberikan bagi mengadakan program yang lebih meriah pada tahun akan datang. Dengan itu, diharapkan program seperti ini sentiasa mendapat sokongan bukan sahaja daripada pelajar cina itu sendiri malahan kepada pelajar semua bangsa yang ada dalam UNIMAS ini. Ini kerana, program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan sillaturrahim malahan memperkenalkan budaya dan adat setiap bangsa yang ada di muka bumi ini.

PERASMIAN KARNIVAL CHINESE NEW YEAR UNIMAS 2013

Satu perasmian bersempena Chinese New Year (CNY) telah diadakan sebagai ‘Opening Ceremony CNY’ yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTar), Universiti Malaysia Sarawak. Pembukaan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua UNIMAS iaitu saudara Mohd Zul Syafiq bin Abdul Wahab.

Program ini adalah anjuran daripada Persatuan Pelajar Cina UNIMAS bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan hubungan sillaturrahim dalam kalangan pelajar UNIMAS itu sendiri.

Pada perasmian pembukaan CNY ini, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa, wushu dan bunga api. Ini adalah untuk memperkenalkan budaya cina kepada orang ramai dan mempelajari setiap apa yang terkandung dalam budaya cina tersebut. Dalam pengisian Festival CNY UNIMAS kali ini, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Chinatown UNIMAS, Exhibition dan kemuncaknya adalah “Cultural Performance Night”. Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang dibuat seperti pertandingan Kaligrafi Cina, pertandingan Nyanyian Cina dan pameran seperti pakaian adat, alat muzik, cara hidup, permainan tradisional, cabutan tiket bertuah serta gerai penjualan cenderahati.

Karnival ini menunjukkan budaya dan adat bangsa Cina yang mana mereka sangat mementingkan aspek itu dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sentiasa mengekalkan budaya dan adat daripada nenek moyang mereka walaupun kini telah mencapai zaman moden berteknologi tinggi. 

Monday 11 March 2013

Lawatan daripada delegasi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Kuching (PoliKu)

Sesi bergambar Politeknik bersama MPP UNIMAS.

Assalamualaikum dan Salam Kebitaraan,

Sabtu, 9 March 2013, Lawatan daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (JPP PIS) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching (JPP PoliKu) bersempena Delegasi Muhibbah ke Universiti Malaysia Sarawak. 

Delegasi Muhibbah ini sejumlah 40 orang (35 orang daripada JPP PIS, 4 orang daripada JPP PoliKu dan seorang Pegawai Pengiring). Delegasi ini bertujuan untuk membuat lawatan ukwah ke Sarawak disamping itu ingin bertukar-tukar pendapat tentang situasi dan permasalahan di PIS dan UNIMAS.

Perbincangan antara ke-3 belah pihak ini dilakukan secara santai dan pelbagai isu yang diutarakan seperti isu sukan, publisiti, kolej kediaman dan pengangkutan. 

Semoga ikatan Ukwah antara JPP PIS, JPP PoliKu dan MPP UNIMAS berkekalan selamanya. InsyaAllah.
NYDP UNIMAS memberi cenderahati kepada YDP PoliKu.
NYDP UNIMAS memberi cenderahati kepad YDP PIS.

Salah seorang JPP PIS menandatangani sokongan atas banner PRAY for SABAH.

Perbincangan bersama JPP Politeknik dan MPP UNIMAS.


PRAY for SABAH

Suara mahasiswa/i UNIMAS terhadap isu Lahad Datu, Sabah.

Assalamualaikum dan Salam Kebitaraan,

         Simbolik daripada Warga UNIMAS untuk para perwira yang terkorban, yang masih berjuang dan warga Lahad Datu Sabah dalam insiden Pencerobohan 11 Februari 2013 yang berlarutan sehinggalah ke hari ini. Semoga jasa perwira yang bersedia mempertahankan negara Malaysia ini pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga mereka. Kepada perwira yang terkorban, ucapan takziah daripada MPP dan seluruh warga UNIMAS.

Al-Fatihah kepada pejuang yang terkorban.


Keep Clam Pray and for Sabah.

Saturday 9 March 2013

SIRI PENDEDAHAN BAHAYA ISLAM LIBERAL ANCAMAN AKIDAH UMMAT




Satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fauzi Bin Asmuni iaitu Naib Presiden 2 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah dihadiri ramai pelajar bukan sahaja daripada UNIMAS tetapi daripada IPTA / IPTS lain juga. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pemajuan Pelajar iaitu Dr Rusli Ahmad.

Dalam penyampaian Ustaz Muhamad Fauzi, beliau menyatakan terdapat pelbagai pembaharuan yang telah dibawa dalam agama yang mana ianya mengikuti perkembangan zaman sekarang. Namun begitu, setiap pendekatan dalam pembaharuan adalah berbeza dan kadang kala dapat dilihat terdapat golongan yang terlalu ekstrem dari segi agama itu sendiri. Menurutnya lagi, Islam ini perlulah diubah bersesuaian dengan zaman dan membina muslim yang moderate agar pemikiran liberal itu tidak disalah ertikan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Pembina Sarawak dan aktiviti yang diadakan, maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang unimas.pembinasarawak.com dan segala maklumat lain yang berkaitan dengan pengetahuan agama boleh dilayari di laman itu.