Monday, 18 February 2013

Pengagihan Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M) UNIMAS

Assalamualaikum w.b.t dan salam kebitaraan



Makluman mengenai Pengagihan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) UNIMAS.

Adalah dimaklumkan bahawa pada 21/2/2013 (Khamis) akan diadakan Simbolik Penyerahan BB1M di UNIMAS pada jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna, Student Pavilion, UNIMAS.
(Semua pelajar ambilan Februari 2013 diwajibkan turut serta dalam simbolik tersebut)
*surat pelepasan kuliah dan minum petang akan disediakan.

Pengagihan secara besar-besaran dianggarkan pada 22/2/2013 (jumaat) oleh fakulti masing-masing. (bergantung kepada fakulti)

Semua pelajar UNIMAS yang berstatus AKTIF pada 1 Januari 2013- 31 Mac 2013 layak membuat tuntutan melalui fakulti masing-masing sehingga 1 tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Pihak fakulti akan mengeluarkan hebahan berhubung tarikh, tempat dan masa agihan baucer dibuat.
(pelajar ambilan februari 2013 dan Latihan industri juga layak membuat tuntutan melalui fakulti masing-masing)

Sila ambil perhatian perkara seperti berikut;
*Sah laku baucer ini adalah sehingga 31/5/2013
*Baucer ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai
*Baucer buku ini tidak boleh ditukar milik/dijual
*Baucer ini tidak sah jika tidak ada cop rasmi Universiti
*Baucer ini adalah hak milik kerajaan Malaysia
Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati pelajar UNIMAS yang tidak mematuhi syarat pemberian baucer ini.

**Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak juga akan mengadakan Karnival Buku dan Elektronik pada 23-27 Feb 2013 di Bilik Delima, BHEP.

'Together We Care'
"Kepimpinan Bitara Pencetus Generasi Mahasiswa Profesional

Ikhlas
~YDP MPP UNIMAS 12/13~

1 comment:

  1. Hi,nak bertanya jikalau sedang menjalani latihan industri di kampung halaman masing-maasing & tidak berada di unimas sepanjang tempoh latihan industri,bagaimana baucar tersebut boleh diambil?

    ReplyDelete