Tuesday 26 February 2013

INTERNATIONAL CULTURAL FESTIVAL “NIGHT OF COLOURS”

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempunyai pelajar antarabangsa yang berasal lebih daripada 40 buah negara antaranya seperti China, Rusia, Pakistan, Indonesia, Perancis, Nigeria, Australia, Bangladesh dan lain-lain negara lagi. “International Cultural Festival” yang bertemakan “Night of Colours” adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Menurut Pengarah projek festival ini, program ini dianjurkan untuk membina satu platform bagi pelajar antarabangsa dalam memperkenalkan budaya mereka dan berkongsikan pengalaman untuk setiap budaya mereka. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk membina satu tulang belakang yang kuat di antara pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa itu sendiri agar mereka lebih bersepadu dalam mencapai perpaduan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang festival ini berlaku adalah seperti kelas bahasa dan bazaar. Pada sebelah malam, acara kemuncaknya adalah majlis Penutupan “International Cultural Festival” di mana terdapat pelbagai persembahan daripada pelajar antarabangsa daripada negara yang berbeza. Pada masa itulah kita dapat melihat pelbagai jenis budaya dari negara yang berbeza daripada segi nyanyian, tarian, pakaian dan lain-lain lagi.

Dalam ucapan Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, beliau mengatakan bahawa ini adalah program yang julung kali diadakan yang mana melibatkan pelajar antarabangsa itu sendiri. Beliau berharap agar festival ini dapat dibuat setiap tahun agar setiap masyarakat mempunyai nilainya tersendiri dalam mengenali budaya orang lain. Dalam ucapan beliau juga, beliau akan berusaha untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk pelajar antarabangsa yang belajar di UNIMAS. Harapan beliau agar hubungan antara pelajar Malaysia dengan pelajar antarabangsa akan sentiasa terjalin serta berterusan dalam bersama-sama menaikkkan nama UNIMAS itu sendiri.














No comments:

Post a Comment