Tuesday 26 February 2013

Simbolik Penyerahan Bauchar Buku 1 Malayisa (BB1M)

Pelbagai bantuan yang diberikan kepada pelajar di peringkat rendah, menengah mahupun universiti di mana ianya sebagai satu inisiatif kerajaan membantu para pelajar untuk meringankan beban mereka. Baucar Buku 1 Malaysia merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar universiti termasuklah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menampung perbelanjaan bertujuan akademik iaitu sebanyak RM250 setiap seorang.

Satu Majlis Simbolik Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) telah diadakan di Dewan Serbaguna, Student Pavillion yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah iaitu Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak. Turut hadir dalam majlis itu adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman selaku Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UNIMAS iaitu Prof Dr Peter Songan, Dekan-dekan, Pegawai-Pegawai UNIMAS, Yang Di-Pertua Universiti Malaysia Sarawak serta wakil Yang Di-Pertua Universiti Malaysia Kelantan.


Antara hadirin yang hadir.

Barisan VIP.

Majlis ini merupakan majlis kedua yang diadakan di UNIMAS selepas kali pertamanya diadakan pada tahun 2012. Pada tahun lalu, baucar buku yang diberikan adalah sebanyak RM200 tetapi ianya meningkat kepada RM250 pada tahun ini. Ini merupakan berita gembira bagi para pelajar kerana ianya dapat membantu mereka menampung segala buku dan benda akademik lain yang diperlukan dalam sesi pembelajaran. Seramai 13,000 pelajar UNIMAS yang akan mendapat Baucar Buku 1 Malaysia dan sebanyak 3.5 juta jumlah baucar buku yang akan diagihkan kepada para pelajar di seluruh Malaysia.

Dalam ucapan Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, beliau menyatakan bahawa seramai 1.3 juta pelajar seluruh Malaysia menikmati Baucar Buku 1 Malaysia ini dan jumlahnya dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 iaitu peningkatan sebanyak 25%. Beliau menyatakan, pelajar seharusnya bersyukur dan menggunakan sebaiknya bantuan yang diberikan kerana 25% itu merupakan peningkatan yang sangat besar sedangkan gaji pekerja tidak akan meningkat sebanyak itu. Peringatan daripada beliau, wang yang diberikan bukanlah wang percuma dan gunakan sebaik mungkin apa yang telah diberikan.  Terdapat Karnival Buku yang akan diadakan serta pembekal yang tersenarai nanti agar memudahkan para pelajar dapat membeli buku menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia itu. 
Pelajar yang dapat BB1M dalam Majlis ini.
Selaku Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah turut mengharapkan agar para pelajar dapat terus belajar dengan bantuan yang telah diberikan dan jangan menghampakan harapan ibu bapa. Beliau menyarankan agar para belia pada masa kini mengggunakan segala kesempatan yang ada untuk melihat apa yang berlaku pada keadaan sekeliling mereka.

Ucapan daripada Y.B. Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

No comments:

Post a Comment