YDP UMK memberi cenderahati kepada YDP UNIMAS sebagai tanda kenang-kenangan. |
Khamis, 21 Februari 2013, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima lawatan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) seramai 14 orang MPP UMK selamat tiba di Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk delegasi UMK melihat sendiri keadaan sekeliling kampus UNIMAS, dalam pada itu juga untuk melihat keindahan yang terdapat di Bumi Kenyalang ini. Delegasi UMK ditempatkan di Kolej kediaman Cempaka, adalah bertujuan kolej Cempaka merupakan kolej yang strategik dan lokasi terletak di tengah-tengah UNIMAS serta pemandangan menghadap ke tasik UNIMAS yang indah.
Perbincangan antara kedua belah pihak berlangsung di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Student Pavilion. Mesyuarat ini membincangkan tentang keadaan isu-isu permasalahan serta cadangan penambahbaikan di universiti masing-masing, antara isu yang dibincangkan adalah permasalahan isu keselamatan, fasiliti, kolej kediaman, informasi dan Wi-Fi. Delegasi UMK juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke pejabat MPP untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat dalam pejabat MPP UNIMAS ini.
Pada pagi Jumaat, 22 Februari 2013, Delegasi UMK dibawa bersiar-siar sekitar bandaraya Kuching untuk melihat sendiri keindahan yang terdapat di Bumi Kenyalang. Buat pertama kalinya Kompleks Islam UNIMAS diguna pakai untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat bersama-sama dengan Delegasi UMK. Di sebelah petang pula, Delegasi UMK dibawa bersiar-siar sekitar kawasan Kampus Barat UNIMAS bersama dengan JPK Tun Ahmad Zaidi (TAZ).
Lawatan 3 hari Universiti Malaysia Kelantan berakhir pada Sabtu, 23 Februari 2013, mereka bertolak dari UNIMAS ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching pada waktu petang.
No comments:
Post a Comment