Wednesday 24 April 2013

KESUMAS 2013/2014


Mahasiswa yang berkualiti merupakan mahasiswa yang kuat dari segi fizikal dan kecegasan fikiran. Dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai ciri- ciri tersebut, peranan sukan tidak dapat disangkal lagi. Ini kerana melalui penyertaan dalam aktiviti sukan, para mahasiswa/i dapat menyihatkan badan, dan mengurangkan tekanan/ stress yang seterusnya mampu meningkatkan kecergasan mahasiswa/i.

Sehubungan itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil tindakan proaktif untuk menyokong usaha membentuk mahasiswa sihat dan cerdas dengan menganjurkan Kejohanan Sukan UNIMAS (KESUMAS) 2013 iaitu kejohanan sukan diantara fakulti- fakulti di UNIMAS. Kejohanan yang berlangsung selama seminggu ini telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan KESUMAS 2013 di Stadium UNIMAS pada 21 Mei lepas.

Majlis penutupan ini telah menyaksikan Fakulti Kejuruteraan merangkul gelaran johan KESUMAS 2013 dengan kutipan 7 emas, 6 perak, dan 9 gangsa. Tempat kedua pula disandang oleh Fakulti Sains dan Teknologi Sumber dengan merangkul 4 emas, 4 perak, dan 4 gangsa. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan mendapat tempat ketiga dengan 4 emas dan 4 gangsa. Tempat keempat disandang oleh Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dengan 2 emas, 6 perak, dan 3 gangsa. Diikuti oleh Fakulti Sains Sosial dengan kutipan 2 emas, 3 perak, dan 4 gangsa. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendapat 2 emas, I perak, dan 1 gangsa menduduki tempat keenam. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Seni Gunaan Kreatif masing- masing mengutip 1 emas dan 1 Perak menduduki tempat ke tujuh dan ke lapan.


No comments:

Post a Comment