Thursday 11 April 2013

Terima Kasih Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid Atas Jasa Bakti Terhadap UNIMAS


31 April lepas merupakan hari terakhir Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid sebagai sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) setelah bertugas selama 2 penggal di UNIMAS.

Mantan Naib Canselor UNIMAS ini merupakan graduan dari Univerisiti Teknologi Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, dan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik) daripada University of Hawaii yang diikuti oleh Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Sistem Elektronik di Universiti Essex, United Kingdom. Pada tahun 2000, Beliau telah dianugerahkan anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang membawa gelaran Datuk.

Sepanjang penglibatan beliau di UNIMAS, telah banyak jasa dan bakti dicurahkan untuk memastikan kecemerlangan UNIMAS. Beliau pernah menjadi Dekan pengasas bagi Fakulti Kejuruteraan, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) sebelum menjadi Naib Canselor UNIMAS pada tahun 2008.

Selain itu, beliau telah terlibat dalam pelbagai penyelidikan terutama dalam pembangunan teknologi maklumat di kawasan luar bandar di Sarawak. Antara projek-projek penyelidikan telah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan dalam negara, ialah‘e-Bario’ iaitu projek yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital di Malaysia.

Dalam ucapan beliau semasa Majlis Penyerahan Nota Tugas kepada Naib Canselor UNIMAS yang baharu, beliau menyatakan harapan beliau agar UNIMAS akan terus berkembang agar dapat melahirkan graduan yang berkualiti tinggi. Beliau turut menyatakan pengalaman yang ditimba sepanjang menjadi Naib Canselor UNIMAS akan dikenang sebagai memori manis baginya.




No comments:

Post a Comment