Tuesday, 26 March 2013

UNIMAS Earth Hour “To Challenge The Will”

Earth Hour adalah satu program yang diadakan pada setiap bulan Mac di mana ianya adalah bertujuan untuk mengurangkan pemanasan global dunia kita. Ianya dilakukan selama 1 jam di 153 buah negara dan menjadi kempen tetap bagi membantu mengurangkan pemanasan global. Kempen ini dimulakan oleh masyarakat Australia bermula pada tahun 2005. Pada mulannya, kempen ini dinamakan “The Big Flick” dan ditukar kepada nama Earth Hour pada tahun 2007.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut tidak ketinggalan mengadakan kempen Earth Hour betujuan mengurangkan pemanasan global dunia. Satu program “UNIMAS Earth Hour” telah diadakan di Dataran Canselori, UNIMAS dan telah dirasmikan oleh Drs Muhamad Sophian Nazaruddin Sutan Saidi iaitu wakil daripada Timbalan Naib Canselor, UNIMAS merangkap Pengetua Kolej Allamanda. Turut hadir pada program ini adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS iaitu Mohd Zul Syafiq Abdul Wahab serta para pelajar UNIMAS.

Dalam Ucapan Drs Muhamad Sophian, beliau berkata ini adalah satu program yang sangat baik di mana bukan sahaja memadamkan lampu selama 1 jam tetapi ia adalah untuk menyedarkan kita betapa pentingnya amalan jimatkan elektrik. Ini kerana, ia bukan sahaja bertujuan mengurangkan pemanasan global malahan menjimatkan kos tanggungan pihak universiti daripada membayar bil elektrik yang banyak pada setiap tahun. Beliau mengharapkan kempen ini dapat dimulakan bermula daripada diri sendiri dan mempraktikkkannya di mana-mana saja kita berada agar menjadi ornag yang sentiasa bersederhana serta memahami kesusahan orang lain yang tidak mempunyai bekalan elektrik. 

No comments:

Post a Comment