Sunday 17 March 2013

PERASMIAN KARNIVAL CHINESE NEW YEAR UNIMAS 2013

Satu perasmian bersempena Chinese New Year (CNY) telah diadakan sebagai ‘Opening Ceremony CNY’ yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTar), Universiti Malaysia Sarawak. Pembukaan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua UNIMAS iaitu saudara Mohd Zul Syafiq bin Abdul Wahab.

Program ini adalah anjuran daripada Persatuan Pelajar Cina UNIMAS bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan hubungan sillaturrahim dalam kalangan pelajar UNIMAS itu sendiri.

Pada perasmian pembukaan CNY ini, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa, wushu dan bunga api. Ini adalah untuk memperkenalkan budaya cina kepada orang ramai dan mempelajari setiap apa yang terkandung dalam budaya cina tersebut. Dalam pengisian Festival CNY UNIMAS kali ini, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Chinatown UNIMAS, Exhibition dan kemuncaknya adalah “Cultural Performance Night”. Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang dibuat seperti pertandingan Kaligrafi Cina, pertandingan Nyanyian Cina dan pameran seperti pakaian adat, alat muzik, cara hidup, permainan tradisional, cabutan tiket bertuah serta gerai penjualan cenderahati.

Karnival ini menunjukkan budaya dan adat bangsa Cina yang mana mereka sangat mementingkan aspek itu dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sentiasa mengekalkan budaya dan adat daripada nenek moyang mereka walaupun kini telah mencapai zaman moden berteknologi tinggi. 

No comments:

Post a Comment