Tuesday 19 March 2013

Forum "Shared Values Define Malaysian Culture"


        Perpaduan merupakan tunjang utama sesebuah negara. Apatah lagi kepada negara yang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti Malaysia. Dalam mengupas dan membincangkan isu- isu perpaduan rakyat Malaysia, forum "Shared Values Define Malaysian Culture" telah diadakan pada 16 Mac 2013, bertempat di Dewan Serbaguna Student Pavilion.

       Forum yang dianjurkan oleh Yayasan 1Malaysia dengan kerjasama program Kajian Politik dan Pemerintahan ini telah menampilkan ahli panel yang berpengalaman iaitu, Dr. Chandra Muzzafar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Datuk Amar Leonard Jugah,  dan Datuk Dr Ismail Ibrahim, mantan Pengerusi Majlis Fatwa Malaysia.

       Antara objektif penganjuran forum ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui komitmen yang sama kepada nilai yang dikongsi disokong oleh komuniti yang berbeza di Malaysia disamping membangunkan pemahaman yang lebih baik dalam penghayatan agama dan budaya yang pelbagai di Malaysia.

     Melalui forum ini, para mahasiswa/i yang hadir dapat bertukar- tukar pendapat dan idea dengan ahli- ahli panel mengenai isu- isu perpaduan di Malaysia. Menurut seorang peserta forum yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad, menyatakan bahawa penganjuran forum seperti ini amat penting untuk menyedarkan mahasiswa/i universiti agar lebih peka dalam isu- isu perpaduan agar kesejahteraan Malaysia terus terpelihara.

No comments:

Post a Comment