Wednesday 12 December 2012

Majlis Perasmian Karnival K4U UNIMAS 2012




Pada 28 November 2012, satu Majlis Perasmian K4U telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), Universiti Malaysia Sarawak bersempena dengan pelancaran bermulanya minggu Karnival K4U 2012 UNIMAS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak dan turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak iaitu Dr Rusli serta Pegawai-pegawai Universiti Malaysia Sarawak.

K4U adalah singkatan nama daripada 4k iaitu Kokurikulum, Kerohanian, Kerjaya dan Keusahawanan di mana ianya adalah program julung kali diadakan di UNIMAS. Karnival K4U ini adalah cetusan idea daripada Prof Mohd Fadzil sendiri dan berada di anjurkan oleh Pusat Pemajuan Pelajar. Tujuan program K4U diadakan adalah untuk mendekatkan dan merapatkan hubungan antara Universiti dengan komuniti luar dengan mengadakan pelbagai pameran, peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. 

Dalam ucapan Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, beliau berkata bahawa K4U ini adalah betujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh universiti selain daripada Softskill. Ini kerana, softskill yang dijalankan di universiti menjadi isu utama selama 10 tahun di mana kebanyakan pelajar gagal untuk mendapatkan peluang pekerjaan disebabkan kurangnya pendedahan dan komunikasi yamg berkesan. Dengan itu, K4U diadakan bagi memberi pendedahan lebih kepada pelajar dalam memperbaiki diri bagi menempuh alam pekerjaan nanti.

Dalam program ini, banyak aktiviti-aktiviti yang telah diadakan bagi menarik minat pelajar malahan penduduk luar Kuching untuk turut serta menjayakan program ini. Terdapat pameran booth daripada subteras kokurikulum, agensi-agensi awam dan swasta serta penjualan barang pakaian dan aksesori. Selain itu, terdapat pelbagai persembahan daripada unit-unit beruniform serta pertandingan antara kolej-kolej. Program K4U ini diharapkan berjalan lancar dan menjadi branding bagi UNIMAS. Dengan itu, program ini akan menjadi program tetap UNIMAS bagi diadakan setiap tahun sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai inti pati kokurikulum, kerjaya, kerohanian dan keusahawanan itu sendiri.







                                         Pameran dan Demostrasi dari Polis Di Raja Malaysia PDRM

                                                                     Seminar Keusahawanan






1 comment:

  1. ambil perhatian, ambil gambar dr blog org xde kredit..salah ye..

    ReplyDelete