Saturday 1 December 2012

Konsert Change Of Soul




14 November 2012: Konsert Change of Soul bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat UNIMAS, berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah CTF 1. Bertemakan “Ya Allah, Terimalah Hijrahku”, konsert anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS dengan kerjasama Dewan Amal Islami (DAMAI) UNIMAS ini diserikan dengan kehadiran tetamu VIP, iaitu   Prof. Mohd Fadzil Abdul Rahman. Konsert ini menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid UNIMAS seperti In Track, Da'my, Az-Zakirin, ByHeart, Fastabiqul Khairat, Muslim Seroja dan jemputan daripada qasidah Madrasah Al-Khairat. Di permulaan konsert, pengacara iaitu mantan YDP UNIMAS sesi 2010/2012, Muhammad Mus’ab dan rakan pengacaranya, Ahmad Safwan membawa hadirin menghayati erti maal hijrah dengan tayangan montaj, tazkirah dan refleksi diri. Konsert diteruskan dengan alunan qasidah oleh Madrasah Al- Khairat dan kemudiannya diikuti oleh persembahan artis- artis nasyid undangan. Penonton, Menurut Zayanah Fadillah (20 tahun) ketika ditemuramah menyatakan bahawa konsert ini sedikit sebanyak membantunya dalam menghargai kesan penghijrahan Nabi Muhammad dan pengikut baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah. “Saya sangat berharap agar konsert sebegini akan dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan,” tambahnya lagi. 

No comments:

Post a Comment