Saturday 1 December 2012

Majlis Makan Malam Jejak Siswa 1 Malaysia

Cenderahati daripada Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang
Kuching, Sarawak, 21 November 2012 : Majlis Makan malam Jejak Siswa 1 Malaysia ke Parlimen Malaysia telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching pada malam itu. Antara tetamu yang hadir adalah Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Tuan Haji Habib Zam Zam Ab. Latif, Pengarah Biro Tatanegara Sarawak, Encik Roslan bin Baharuddin, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak serta Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak. Majlis makan malam ini adalah sebagai penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar serta peserta program Jejak Siswa 1 Malaysia. Dalam ucapan Pengarah KPT, beliau berkata bahawa Jejak Siswa Parlimen ini adalah cetusan idea daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang itu sendiri yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan serta memperkenalkan Dewan Negara kepada mahasiswa universiti. Dengan program ini, maka mahasiswa dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang Dewan Negara yang berfungsi penting kepada Kerajaan Malaysia. 

Ucapan daripada Yang Dipertua MPP UNIMAS.
Sesi bergambar dengan Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia.
Semeja bersama MPP dan Sekretariat.

No comments:

Post a Comment