Saturday, 1 December 2012

Program Jejak Siswa 1 Malaysia

Ucapan daripada Naib Canselor UNIMAS, YBhg Professor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.



Student Pavillion, 21 November 2012: Satu program Jejak Siswa 1 Malaysia ke Parlimen Malaysia bersama Y.B Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang dipertua Dewan Negara telah diadakan di Student Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Habib Zam Zam Ab. Latif iaitu Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, YBhg Professor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang apa itu Dewan Negara, prosedur serta fungsinya kepada mahasiswa itu sendiri. Yang Di-Pertua Dewan Negara ingin membawa mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak untuk melawat ke Dewan Negara. Tetapi disebabkan kos yang tinggi, maka Yang Di-Pertua Dewan Negara turun padang ke Universiti Malaysia Sarawak sendiri untuk memperkenalkan apa itu Dewan Negara, prosedur serta fungsi-fungsinya. Dalam perjumpaan ini, Yang Di-Pertua turut membincangkan perbezaan antara Dewan negara dan juga Dewan negeri. Dengan ini, mahasiswa dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai Dewan Negara kerana selama ini mereka hanya mengetahui fungsinya tetapi secara umum sahaja. 




No comments:

Post a Comment