Wednesday 12 December 2012

Majlis Penutupan Karnival K4U dan Festival Kesenian Inter-Kolej


Ucapan daripada Naib Canselor UNIMAS Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid 

Pada 2 DISEMBER 2012, Majlis Penutupan Karnival K4U dan Festival Kesenian Inter- Kolej telah berlangsung dengan gilang gemilangnya di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis ini diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UNIMAS, Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid dan isteri. Dalam ucapan Datuk Dr. Khairuddin, beliau merakamkan rasa bangganya diatas kejayaan UNIMAS khususnya kepada para pelajar yang telah bertungkus- lumus dalam memastikan karnival K4U berjaya.

Dalam majlis ini, hadirin dipersembahkan dengan pelbagai persembahan menarik oleh kolej- kolej yang telah bertanding dalam Festival Kesenian Inter- Kolej. Antaranya ialah persembahan band akustik, dikir barat, nasyid, tarian india, tarian cina, tarian rampaian melayu, nyanyian, dan boria. Manakala, untuk cabutan bertuah pula yang menjanjikan hadiah sebuah hamper, hadirin telah dikejutkan dengan pengumuman pengacara majlis supaya melihat dibawah tempat duduk mereka jika terdapat pelekat yang tertera angka ‘123’. 3 orang penonton berjaya memenangi hamper tersebut.

Seterusnya, kemunculan artis undangan, Dato’ M. Nasir menerima tepukan hebat dari para hadirin yang menantikan persembahannya. Antara lagu yang disampaikan olehnya ialah, Suatu Masa, Tanya Sama Itu Hud Hud, Hati Emas, Raikan Cinta, dan Mantera Semerah Padi. 

Pada saat-saat akhir majlis penutupan K4U, pemenang- pemenang untuk Malam Penghayatan Ko- Kurikulum dan Festival Kesenian Inter- Kolej telah diumumkan. Juara bagi Malam Penghayatan Ko- Kurikulum ialah Sub Teras Silat Tari, tempat kedua jatuh kepada Sub Teras Silat Cekak Hanafi, tempat ketiga dimenangi oleh Sub Teras Asas Kewartawanan, tempat keempat dimenangi oleh Sub Teras Fasilitator dan tempat kelima, Sub Teras Muzik Tradisional. Bagi Festival Kesenian Inter- Kolej pula, gelaran johan disandang oleh Kolej Bunga Raya, tempat kedua dimenangi oleh Kolej Cempaka, dan tempat ketiga dipegang oleh Kolej Alamanda.

Ucapan Penghargaan daripada Dekan Pemajuan Pelajar UNIMAS Prof. Dr Rusli Ahmad

Persembahan Dikir Barat dari Kolej Bunga Raya

Persembahan Tarian Tradisional dari Kolej Bunga Raya

      Persembahan Nasyid dari Kolej Cempaka 

Persembahan Boria dari Kolej Sakura

Persembahan Tarian Cina dari Kolej Cempaka









No comments:

Post a Comment