20 November 2012: Hari Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Agensi berlangsung di Dewan
Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) Universiti Malaysia Sarawak dan dihadiri kira-
kira 800 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS di negeri
Sarawak seperti UNITAR, Universiti Swinburne, PTPL, UiTM dan UNIMAS. Hari MITI
dan Agensi ini merupakan program capaian kementerian yang bertujuan untuk
mewujudkan kesedaran di kalangan mahasiswa IPTA/IPTS berkaitan dengan peranan
dan fungsi MITI serta agensi-agensi yang bernaung di bawahnya. Di samping itu,
program ini juga bertujuan untuk mempromosi dan menyediakan nasihat kerjaya dan
peluang-peluang perniagaan yang sedia ada dan menggalakkan pembangunan kerjaya
dengan penekanan dalam persaingan global. Pembentang pertama, Y.B. Dato’
Jacob Dungau Sugan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
menerangkan dengan terperinci mengenai hala tuju, objektif, pencapaian dan
pelbagai maklumat berguna MITI kepada hadirin. Seterusnya, Puan Sabariah,
Pengarah MITI Sarawak, menyampaikan pembentangan mengenai MITI Sarawak dan
peluang kerjaya di sektor awam, diikuti dengan pembentangan oleh wakil dari
Unit Perancangan Negeri Sarawak. Peserta- peserta yang terlibat berpeluang
untuk memenangi hadiah- hadiah lumayan yang ditawarkan dengan menjawab soalan
yang diajukan berupa sebuah Notebook dan iPad. Kedua- dua hadiah
utama tersebut dimenangi oleh pelajar UNIMAS.
- Home
- Kenali MPP
- Yang Di-Pertua
- Naib Yang Di-Pertua
- Setiausaha Agong
- Bendahari Kehormat
- Exco Keselamatan Dan Kemudahan
- Exco Kesenian Dan Kebudayaan
- Exco Pengangkutan Dan Komunikasi
- Exco Pembangunan Sahsiah Dan Modal Insan
- Exco Sukan Rekreasi Dan Kesihatan
- Exco Publisiti,Informasi Dan Multimedia
- Exco Keusahawan,Inovasi Dan Kerjaya
- Exco Akademik Dan Pascasiswazah
- Exco Protokol,Perhubungan Awan Dan Antarabangsa
- Isu Semasa
- Borang
- Kertas Kerja
- Pengangkutan
- Hubungi Kami
- UNIMAS Official Portal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment